Math Quotes

"If people do not believe that mathematics is simple, it is only because they do not realize how complicated life is."
~John Louis von Neumann


Ahad, 1 Jun 2014

12.Using Technology, Particulary ICT for teaching and learning

Teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT ) dikenal pasti sebagai salah satu faktor penting yang membantu pencapaian matlamat pembangunan pendidikan 2001-2010. Kepesatan kemajuan ICT menjadi cabaran kepada negara untuk menyediakan sumber tenaga manusia yang berpengetahuan dan berkemahirn ICT. Bagi menerajui usaha menyediakan sumber tenaga manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu  menyediakan keperluan fizikal dan bukan fizikal untuk membolehkan penggunaan ICT sebagai alat pengupaya (enabling tool) pada semua peringkat organisasi pendidikan. Penggunaan ICT juga berpotensi membawa perubahan dan pembaharuan kepada sistem pendidikan ke arah memartabatkan pendidikan negara pada peringkat antarabangsa.



ARTIKEL 1

Pautan: Pengintegrasian ICT Dalam Pengajaran & Pembelajaran Matematik Di Kalangan Guru Matematik Daerah Kota Tinggi

Artikel ini membicangkan kajian yang dijalankan untuk mengetahui tahap pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik di kalangan guru matematik. Terdapat tiga aspek yang telah dikaji bagi menjawab persoalan kajian ini.

i. Tahap pengintegrasian ICT di kalangan guru matematik
ii. Kesesuaian kursus ICT yang ditawarkan oleh pihak sekolah / Pejabat Pelajaran Daerah kepada guru matematik
iii. faktor-faktor yang menjadi penghalang kepada pengintegrasian komputer di kalangan guru matematik.

Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilihat dari dua aspek iaitu aspek pengajaran yang digunakan sebagai alat persembahan dan demonstrasi manakala dari segi aspek pembelajaran ianya digunakan sebagai tutorial, latih tubi, penerokaan, aplikasi dan komunikasi.

Daripada kajian yang telah dijalankan didapati penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran matematik masih pada tahap yang rendah dan diantara halangan yang dikenalpasti ialah guru kurang pengetahuan dan kemahiran ICT. Selain itu, kursus-kursus ICT di kalangan guru-guru matematik sangat terhad sedangkan pelbagai kaedah komputer dapat digunakan dalam mata pelajaran ini.

Antara halangan yang dihadappi ooleh guru ialah bilangan komputer yang tidak mencukupi, gangguan talian internet, masa pengajaran yang tidak mencukupi, kurang bantuan teknikal dan kurang kemahiran ICT. Malah guru-guru jarang menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran serta masih cenderung menggunakan kaedah pengajaran secara tradisional.

Penulis mendapati bahawa terdapat tujuh halangan yang wujud semasa kajian pengintegrasian ICT dalam pengajaran dijalankan iaitu:-
1. guru kurang berkeyakinan semasa pengintegrasian
2. kurang capaian terhadap sumber
3. kekurangan masa untuk membuat pengintegrasian
4. kurang latihan yang efektif
5. menghadapi masalah teknikal semasa peisian digunakan
6. kurang capaian individu semasa penyediaan bahan pengajaran
7. usia guru

kesimpulannya, faktor luaran seperti kemudahan yang tidak sempurna, kekurangan latihan serta perkhidmatan dan bantuan teknikal yang kurang memuaskan telah menjadi punca penggunaan ICT masih berada ditahap yang rendah dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.


ARTIKEL 2

Pautan: Penggunaan Koswer PPSMI Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Di Kalangan Guru-Guru Matematik Di Empat Buah Sekolah Kebangsaan Di Seremban

Artikel ini membicangkan tentang tahap penggunaan koswer PPSMI dalam sesi pengajaran dan pembelajaran matematik di kalanga guru-guru Matematik, mengenalpasti faktor yang mempengaruhi penggunaan koswer PPSMI dalam pengajaran dan pembelajaran dan mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru matematik apabila menggunakan koswer PPSMI dalam sesi P&P matematik.

Kementerian pelajaran malaysia telah membekalkan koswer PPSMI bagi pengajaran matematik bermula pada 2003 bagi membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Kebayakan guru telah mengikuti kursus berkaitan penggendalian koswer seperti Kursus Orientasi Kurikulum Sains dan Matematik bag isekoa hrendah dan menengah, latihan profisiensi bahasa Inggeris melalui kursus 2 Days On Site dan 5 Days Full Immersion dan Latihan ICT untuk pengoperasian perkakasan notebook dan LCD.

Kursus-kursus amat membantu guru dalam penggunaan koswer. Namun terdapat beberapa masalah yang dihadapi guru seperti guru seperti masalah pengendalian peralatan ICT dan pengajaran Matematik sukar diikuti oleh pelajar kerana kandungan koswer yang tidak mesra pengguna. Kesimpulannya, kebanyakkan guru di empat sekolah di Seremban menggunakan koswer tetapi tahap penggunaannya adalah sederhana.


ARTIKEL 3

Pautan: Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan Pendekatan Permainan Peringkat Prasekolah Bagi Tajuk Konsep Nombor

Artiikel ini membincangkan tentang projek yang bertujuan untuk menghasilkan perisian multimedia bagi tajuk Konsep Nombor bagi kanak-kanak prasekolah yang terdapat dalam huraian sukatan pelajaran peringkat prasekolah.

Objektif projek ini adalah untuk membina sebuah perisian multimedia peringkat prasekolah bagi tajuk konsep nombor yang berasaskan pendekatan permainan, interaktif dan menarik minat serta berpusatkan pelajar dan merupakan salah satu latihan pengukuhan kepada kanak-kanak.

Melalui perisian multimedia ini, kanak-kanak dapat mempelbagaikan cara pembelajaran mereka terutama bagi konsep nombor. Kanak-kanak akan mendapat satu suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan kerana mereka akan menerokai sendiri perisian tersebut. selain itu, guru tadika juga boleh menjadikan perisian ini sebagai satu bahan pembelajaran kepada murid-murid.

Malah, perisian multimedia ini boleh dijadikan rujukan kepada kanak-kanak di rumah. Ibu bapa boleh
memantau kanak-kanak mereka belajar melalui perisian ini di rumah serta perisian ini dapat menambahkan lagi koleksi KPM kerana ianya dibangunkan bersesuaian dengan Huraian Kurikulum Prasekolah.

Kesimpulannya, dalam menghasilkan perisian yang berkualiti dan menarik, perancangan dalam pembangunan perisian perlulah dilakukan dengan teliti agar perisian yang dihasilkan menepati kehendak pengguna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan