Math Quotes

"If people do not believe that mathematics is simple, it is only because they do not realize how complicated life is."
~John Louis von Neumann


Ahad, 1 Jun 2014

2.Disparities in achievement (Jurang pencapaian)


ARTIKEL 1

Pautan: Punca Jurang Pencapaian Pendidikan
( Utusan Online - 26.06.2001 )
Prof. Robiah Sidin, UKM Bangi.

Artikel ini membingcangkan tentang punca permasalahan dalam jurang pencapaian pendidikan. Terlalu banyak cadangan yang telah dikemukakan untuk menangani permasalahan ini tetapi sukar untuk melaksanakannya. Pelbagai tindakan yang perlu dikombinasikan bersama untuk mendapat impak yang lebih berkesan.

Apa yang lebih utama ialah memupuk sikap optimis dan positif dalam diri setiap golongan yang terlibat dalam mendidik warga muda ini agar mereka lebih percaya pada potensi diri dan boleh dilentur dengan baik. Kerjasama daripada orang tua dan penjaga juga memainkan peranan yang penting sebagai pendorong agar mereka lebih terlibat dlam pendidikan.

Untuk pelaksanaan di peringkat pendidikan, strategi yang mantap adalah amat penting dan perlu di ambil perhatian untuk menarik minat dan mencabar murid dalam pembentukan identiti diri seiring dengan latar belakang penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini.

Pengajaran di sekolah yang tidak lebih daripada menyampaikan informasi dan kemahiran tertentu ada kalanya tidak difahami malah pengajaran dikendalikan lebih tertumpu kepada satu golongan pelajar sahaja. Ini menyebabkan jurang dalam pengetahuan dan kemahiran asas di kalangan murid pandai dengan murid yang kurang pandai semakin membesar. Pada pendapat saya, hal ini boleh diatasi jika guru mampu mengaturkan pembelajaran mengikut keupayaan yang berbeza di kalangan murid dan memberi lebih bantuan kepada murid yang lemah.

Strategi dalam penempatan guru-guru terbaik juga menjadi salah satu aspek dalam jurang pencapaian. Ini adalah penting kerana perbezaan yang dapat dilihat kedudukan sekolah luar bandar dan kawasan pedalaman. Kajian menunjukkan guru yang dedikasi, cekap dan mahir mengajar dapat merubah prestasi dan disiplin diri murid. Amalan penempatan dan penggunaan guru-guru yang lebih menguntungkan pelajar di bandar-bandar dan kawasan berpendapatan tinggi perlu dikaji semula.

Kesimpulannya, perkara yang perlu digubal semula adalah amalan dalam melaksanakan tugasan, pembahruan teknik serta pengurusan bilik darjah dan penempatan guru-guru terbaik di luar bandar.


ARTIKEL 2

Pautan: Gender, Culture and Mathematics Performance

Artikel ini membincangkan tentang beberapa faktor yang mempengaruhi pencapaian matematik dengan lebih terperinci lagi. Pengkaji berjaya menarik minat pembaca dengan perbincangan mengenai pengaruh budaya dalam mempengaruhi pembelajaran dan pencapaian matematik.

Salah satu faktor yang dikaji adalah dari segi jantina. Tetapi graf laporan kajian dinyatakan dalam bentuk yang sukar difahami kerana ianya melibatkan graf normal.

Pada pendapat saya, penguasaan matematik sangat perlu dalam era globalisasi ini kerana matematik bukan sahaja terhad dalam bidang pendidikan malah meluas dalam pelbagai bidang dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian oleh semua lapisan masyarakat tidak kira apa pun jantina dan budaya.


ARTIKEL 3

Pautan: High Achieving Rural Students Less Likely To Select Top Ranked Colleges

Artikel ini membincangkan mengenai isu yang melibatkan pelajar cemerlang yang berada di luar bandar kurang cenderung untuk memasuki mana-mana institut pengajian tinggi yang terbaik. Hal ini akan memberi kesan kepada kerjaya dan kesihatan ekonomi di masa hadapan. Kebimbangan mengenai kewangan dan ekonomi ini akan menyebabkan jurang perbezaan yang agak tinggi ke atas pelajar luar bandar berbanding pelajar yang tinggal di bandar.

Pihak yang terlibat iaitu pihak kerajaan serta badan-badan yang berkaitan perlu mengambil berat dan mencari inisiatif untuk menangani isu ini demi kepentingan dan masa hadapan negara kita. salah satu contoh seperti program yang telah dijalankan oleh pihak UiTM iaitu program " Mengubah Destini Anak Bangsa". Program ini bertujuan untuk membantu dan mendorong pelajar yang tinggal di kawasan pedalaman yang berpotensi untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Pada pandangan saya, artikel ini sangat berguna kepada semua sebagai rujukan kerana mempunyai maklumat yang berfaedah. Pihak yang membuat dasar serta penyelidik perlu lebih prihatin kepada pelajar yang tinggal di luar bandar dan pedalaman untuk meningkatkan akses kemasukkan mereka ke institut pengajian tinggi di seluruh negara demi masa hadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan