Math Quotes

"If people do not believe that mathematics is simple, it is only because they do not realize how complicated life is."
~John Louis von Neumann


Ahad, 1 Jun 2014

6. Teaching Approaches (Gaya Pengajaran)

Pendekatan pengajaran bermaksud aspek atau kaedah yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran atau sesuatu kemahiran.



ARTIKEL 1

Pautan: Enhancing Mathematical thinking With an Interactive Whiteboard

Artikel ini berkaitan tentang kajian keberkesanan penggunaan interactive whiteboard di dalam bilik darjah. Namun, kos tersebut memakan kos Rm15,000. Pengkaji menggunakan perisian IWB untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran murid untuk kelas yang terpilih.

Pengkaji menjalankan sesi P&P dan mendapati murid-murid sangat berminat. Apabila latihan disediakan dan murid berinteraksi pada IWB murid sangat seronok dan mengulang latihan yang sama berulang kali. fungsi IWB sememangnya tidak sama dengan papan putih.

Pada pendapat saya, penggunaan peralatan yang baru seperti ini akan memudahkan guru dan murid serta dapat meningkatkan prestasi. Malah, murid yang tidak meminati matematik akan mula menyukai matematik dan akan belajar bersungguh-sungguh.


ARTIKEL 2

Pautan: Keberkesanan Kaedah Konstruktivisme Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik

Artikel ini berkaitan tentang satu kajian untuk mengenalpasti keberkesanan kaedah konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Terdapat banyak kelebihan pembelajaran secara konstruktivisme yang mana pelajar akan lebih berfikir, lebih ingat, lebih yakin, lebih berkemahiran sosial dan lebih seronok semasa sesi menjalakan aktiviti pembelajaran dalam kelas.

Hasil dapatan daripada kajian ini, terdapat peningkatan yang memberangsangkan dalam penggunaan kaedah ini. Malah kaedah ini lebih berkesan daripada kaedah tradisional. Kaedah ini akan dapat membantu serta memudahkan guru-guru dalam aktiviti pengajaran. Selain itu, pelajar juga semakin berminat terhadap pembelajaran matematik setelah kaedah ini diperkenalkan.

Kesimpulannya, jelas menunjukkan bahawa terdapat perbezaan pretasi bagi pelajar yang menggunakan kaedah ini dengan pelajar yang menggunakan kaedah tradisional. Sesi pengajaran dan pembelajaran juga akan berjalan dengan lancar dan lebih berkesan kerana dapat menarik minat pelajar.


ARTIKEL 3

Pautan: Pendekatan, Strategi, Kaedah Dan Teknik

Artikel ini bertujuan untuk memberi sedikit penjelasan tentang keempat-empat konsep yang amat berguna dalam sesi pengajaran iaitu pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran serta hubungan diantara satu sama lain.

Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana konsep-konsep tersebut adalah asas untuk membentuk rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh guru. Penjelasan tentang perhubungan keempat-empat konsep amat berguna kepada guru-guru pelatih yang menjalankan latihan mengajar supaya ilmu pedagogi yang dipelajari itu dapat diamalkan dalam bilik darjah.

Pada pandangan saya, strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang maksimum. Ini merupakan strategi pengajaran yang menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan yang optimum.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan