Math Quotes

"If people do not believe that mathematics is simple, it is only because they do not realize how complicated life is."
~John Louis von Neumann


Ahad, 1 Jun 2014

11. School Culture (Budaya Sekolah)

Maksud budaya sekolah menurut Banks dan Banks (1993), Deal dan Peterson (1998) ialah sistem sosial yang mempunyai budaya yang tersendiri. Ia terdiri dari norma institusi, struktur sosial, kepercayaan, nilai, simbol, tradisi, matlamat dan tujuan yang tersendiri untuk membentuk organisasi tersendiri.




ARTIKEL 1

Pautan: Leadership for School Culture

Artikel  yang ditulis oleh Stephen Stolp ini membincangkan tentang kepimpinan pengetua dan budaya sekolah. Pemimpin sekolah yang berjaya adalah pemimpin yang dapat mengenalpasti persekitaran organisasi secara holistik. Ini bererti konsep budaya seperti nilai, kepercayaan, norma perlu difahami oleh pemimpin sekolah untuk dalam membentuk budaya sekolah yang positif.

Budaya sekolah yang positif dapat meningkatkan pencapaian dan motivasi pelajar, produktiviti guru dan kepuasan kerja guru. Budayda sekolah juga mempunyai hubungan dengan tingkah laku guru terhadap kerja. Jika guru bekerja di dalam persekitaran yang harmoni, mempunyai ideologi organisasi, perkongsian pendapat, pemimpin yang berkarisma, maka kepuasan kerja dan produktiviti guru dapat ditingkatkan.

Pengetua atau pemimpin sekolah adalah individu yang bertanggungjawab dalam membentuk budaya sesebuah sekolah. Pengetua perlu memahami budaya di sekolah terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang perubahan atau penambahbaikkan. Perubahan yang ingin dilakukan oleh pengetua sudah pasti akan ada kekangan dan bantahan daripada warga sekolah. Tetapi artikel ini tidak membincangkan bagaimana pengetua perlu meyakinkan warga sekolah khususnya guru-guru dalam melaksanakan sesuatu perubahan agar tidak menimbulkan suasana yang negatif.

Artikel ini turut membincangkan kepentingan visi dan matlamat sekolah dalam membentuk budaya sekolah. Menurut penulis, visi dan matlamat sekolah akan berubah jika budaya sekolah tersebut berubah. Peranan pengetua sangat penting dalam membentuk budaya sekolah yang positif kerana budaya sekolah dikatakan bergantung kepada tingkahlaku pemimpin. Pengetua yang dapat membentuk budaya sekolah yang positif adalah pengetua yang bijak dalam mentadbir sekolah.

Salah satu faktor mengapa kebanyakkan sekolah tidak berjaya dan prestasi menurun adalah disebabkan oleh pengetua yang tidak mahir dan tidak mempunyai ilmu kepengetuaan.

Kesimpulannya, pada pandangan saya sebagai pengetua mereka perlu memahami terlebih dahulu mengenai budaya sekolah kerana setiap sekolah mempunyai budaya sekolah yang berbeza. Pembentukkan budaya sekolah yang positif serta jatuh dan bangunnya sesebuah sekolah itu bergantung kepada kepimpinan pengetuanya.


ARTIKEL 2

Pautan:  Hubungan Antara Budaya Formal Sekolah Dan Gaya Pembelajaran Pelajar Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah Menengah

Berdasarkan jurnal tersebut, terdapat hubungan yang signifikan antara budaya formal sekolah dan gaya pembelajaran dengan capaian akademik pelajar. Pada pandangan saya, pihak sekolah perlu memperbaiki tahap budaya formal sekolah untuk meningkatkan pencapaian pelajar.

Untuk mewujudkan persekitaran yang harmonis, perlaksanaan disiplin atau peraturan sekolah adalah amat penting. Masalah disiplin dapat diatasi jika pelajar-pelajar diterpakan dengan nilai-nilai murni bagi membentuk peribadi dan sahsiah pelajar yang cemerlang. Reputasi sekolah serta pemimpinnya akan terjejas jika sekolah tersebut mengalami masalah disiplin yang tinggi dan prestasi pencapaian pelajar yang teruk. Ianya akan memberikan impak yang besar kepada sekolah berkenaan.

Persekitaran yang kodusif juga kadang kala tidak menjamin kecemerlangan pelajar kerana itu bergantung kepada guru dan juga diri pelajar tersebut dari segi gaya pengajaran dan pembelajaran. Tetapi apa yang lebih penting adalah pelajar tersebut hendaklah mempunyai gaya pembelajaran yang berkesan. kerjasama dari semua pihak terdiri daripada pengetua, guru, ibubapa serta pelajar tersebut sendiri.


ARTIKEL 3

Pautan: School Culture

Artikel ini menyatakan bahawa setiap organisasi ada budaya, sejarah dan harapan yang tidak tertera dalam membentuk setiap perkara di dalam sekolah. Budaya sekolah akan mempengaruhi cara orang berfikir, perasaan dan berkelakuan. Apabila sekolah mempunyai budaya profesionalisme positif, persekitaran serta perkembangan kelompok yang baik.

Pemimpin perlu mengamalkan serta menitikberatkan sikap nilai-nilai murni supaya mereka boleh membentuk budaya, sikap dan tradisi di sekolah. Malah bekerja secaara kolabratif akan membina semangat di kalan.gan guru untuk bekerja ke arah kejayaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan