Math Quotes

"If people do not believe that mathematics is simple, it is only because they do not realize how complicated life is."
~John Louis von Neumann


Ahad, 1 Jun 2014

4. Access and Equity (Akses & Ekuiti)

Akses bermaksud proses atau cara untuk mencapai atau memperolehi sesuatu data dan maklumat. Akses juga boleh didefinasikan sebagai capaian. Bagi ekuiti pula, ia bermaksud pemilikan yang sama rata dalam sesebuah organisasi atau saksama dan juga adil.

Oleh itu, akses dan ekuiti dalam pendidikan bermaksud keupayaan dan kemampuan sistem pendidikan negara kita dalam menyediakan peluang untuk menikmati pendidikan yang bukan sahaja luas tetapi juga adil, saksama serta bermutu untuk semua lapisan rakyat malaysia.


ARTIKEL 1

Pautan: Beyond Access And Achievement : Equities Issues for Mathematics Teachers and Leaders

Berdasarkan artikel ini, akses dan ekuiti dalam bidang pendidikan semakin meluas dan tidak hanya tertumpu kepada aspek sekolaH-sekoah di wilayah khas serta peratusan kemiskinan yang tinggi semata-mata.

Kini, Isu akses dan ekuiti lebih ditekankan seiring dengan perkembangan yang meningkat dalam sistem pendidikan yang ada di Malaysia. terdapat empat aspek utama iaitu akses, pencapaian, identiti dan kuasa.

Aspek pertama adalah akses untuk guru dan pelajar. Ini merupakan elemen yang paling penting dalam bidang pendidikan kerana guru adalah tonggak utama yang boleh memacukan sistem pendidikan di negara ini. Guru sewajarnya didehakan dengan segala akses profesional supaya mampu meningkatkan kemahiran dan kecekapan yang sedia ada dalam menjalankan akitiviti pengajaran. Manakala akses pendidikan yang adil dan saksama juga harus ditekankan kepada murid supaya sentiasa berupaya mendapat bekalan yang mencukupi dari segi penggunaan teknologi, kurikulum yang terkawal, persekitaran pembelajaran yang kondusif serta infrastruktur yang cukup untuk pembelajaran di luar bilik darjah.

Seterusnya, pencapaian yang sama oleh guru dan murid. aspek ini memerlukan persepaduan antara kedua-dua pihak yang terlibat kerana ia tidak hanya tertumpu kepada pencapaian akademik semata-mata. Pencapaian yang cemerlang seharusnya merangkumi penglibatan dalam kelas, corak pengambilan kursus oleh murid serta corak pembangunan profesional guru.

Aspek yang ketiga pula adalah identiti. ini lebih tertumpu kepada budaya guru dan murid. Ciri-ciri budaya sememangnya tidak boleh dipisahkan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran kerana dua perkara ini adalah berkait rapat. Oleh sebab itu, isu budaya yang ditimbulkan oleh murid di dalam kelas perlu ditangani dengan berhemat oleh guru supaya dapat mencegah sesi pengajaran dan pembelajaran daripada berjalan tidak lancar. Antara isu budaya yang sering dikenalpasti didalam kelas ialah isu dialek dan cara pembelajaran algoritma matematik yang berbeza bagi setiap bangsa.

Aspek yang perlu ditekankan yang terakhir ialah kuasa. Perlu ada satu mekanisme diwujudkan didalam bilik darjah supaya terdapat pembahagian kuasa yang adil antara guru dan murid. Guru seharusnya dapat mewujudkan perasaan hormat dikalangan murid kepada mereka walaupun guru berkuasa dalam sesi pengajaran. Walaubagaiamanapun, murid perlu diberikan kuasa untuk memberi pandangan mereka sendiri. Untuk memastikan kesejahteraan bersama, tolak ansur perlu ada diantara guru dan juga murid.


ARTIKEL 2

Pautan: Looking Critically at Teachers' Attention to Equity in their Classrooms

Artikel ini membicangkan tentang takrifan ekuiti serta bagaimana ekuiti boleh diwujudkan di dalam bilik darjah. Malah isu perkauman serta status sosio ekonomi murid juga turut diselitkan kerana ianya merupakan antara faktor yang dapat mengganggu usaha guru untuk mewujudkan ekuiti di dalam bilik darjah tanpa adanya diskriminasi.

Pada pendapat saya, isu ketidakseimbangan ekuiti di dalam bilik darjah ini semakin membimbangkan. Guru dan pihak sekolah perlu berusaha untuk menangani isu ini sebelum menjadi lebih parah lagi. Guru perlu mewujudkan satu persekitaran yang positif di dalam kelas kerana ianya akan memberi impak kepada pencapaian dan prestasi pembelajaran mereka.

Kesimpulannya, guru perlu lebih peka dengan kepelbagaian budaya yang wujud di dalam kelas serta kefahaman yang lebih tinggi terhadap isu-isu yang berhubung kait dengan faktor-faktor yang boleh mengganggu implikasi kejayaan murid.


ARTIKEL  3

Pautan: Peluang Dan Cabaran Pendidikan Dalam Kalangan Masyarakat Luar Bandar

Artikel ini membincangkan tentang peluang dan cabaran dalam pendidikan bagi masayarakat luar bandar. Ketidakupayaan individu untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna menyebabkan mereka terperangkap dalam kemiskinan. Malah, tahap pendidikan yang rendah memberi kesan kepada pendidikan anak-anak.

Beberapa usaha kerajaan dalam membantu untuk mempertingkatkan pendidikan masyarakat di luar bandar antaranya dengan cara menyediakan pendidikan percuma serta memberikan peluang pendidikan yang sama dengan masyarakat bandar. Selain itu, pendidikan sejak awal seerta peluang latihan dan kemahiran dalam pelbagai bidang kepada masyarakat tersebut juga mampu membantu mereka mengatasi serta keluar daripada kepompong kemiskinan.

Kesimpulannya, penekanan dalam aspek pendidikan perlu sentiasa dititikberatkan kerana pendidikan mampu mengubah taraf hidup sesebuah masyarakat demi membangunkan modal insan yang berjaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan