Math Quotes

"If people do not believe that mathematics is simple, it is only because they do not realize how complicated life is."
~John Louis von Neumann


Ahad, 1 Jun 2014

10. Teacher Certification (Pensijilan Guru)

Pensijilan bermaksud pemberian sijil kepada seseorang atau pihak kerana telah mencapai piawai dan syarat yang telah ditetapkan bagi membuktikan barangan yang dikeluarkan adalah berkualiti. Pensijilan guru adalah pemberian siji kepada seorang guru yang telah mencapai syarat yang ditetapkan oleh kerajaan dan merupakan guru yang berkualiti.


ARTIKEL 1

Pautan:The 'Voices' of Beginning Teachers in Malaysia About Their Conception of Competency

Artikel ini membicarakan tentang kajian yang dibuat untuk mengetahui pandangan guru baru terhadap tafsiran kompetensi berhubung dengan apa yang mereka lakukan setiap hari sebagai seorang guru. Kompetensi guru dalam sesi P&P adalah penting kerana aspek ini akan mempengaruhi pencapaian serta kejayaan murid.

Tenaga pengajar haruslah berusaha menyiapkan diri selaras dengan perubahan sistem pendidikan di negara ini untuk mengembangkan profesionalisme perguruan yang idealistik demi membangunakan generasi baru yang mencapai kemajuan dan kejayaan.


ARTIKEL 2

Pautan: Tahap Kompentensi Guru Sekolah Rendah Terhadap Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris

Kajian ini dibuat adalah untuk memberi gambaran dan maklumat yang jelas tentang tahap kompetensi guru sekolah rendah terhadap pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Selain itu, kajian ini juga dapat meninjau sama ada adakah kaedah pengajaran guru, penggunaan bahan bantu mengajar, dan penggunaan bahasa Inggeris mempengaruhi tahap kompetensi guru sekolah rendah dalam pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

Perkara-perkara ini perlu dipertimbangkan oleh guru itu sendiri untuk meningkatkan lagi tahap kompetensi mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris disamping dapat memperbaiki mutu pencapaian pelajar bagi subjek sains dan matematik. Rumusan dan cadangan di akhir kajian diharapkan dapat membantu dan memberi manfaat kepada semua pihak seperti guru besar, guru-guru sains dan matematik, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengetahui tahap kompetensi dan faktor-faktor yang mempengaruhi guru sekolah rendah terhadap pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

Kejayaan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris banyak bergantung kepada kemahiran guru-guru untuk melaksanakannya kerana guru merupakan agen yang utama dalam menyampaikan dan mencurahkan ilmu. Maka, guru-guru matapelajaran sains dan matematik perlu mempunyai tahap kompetensi yang tinggi untuk melaksanakan segala tanggungjawab yang telah diberikan. Mereka juga harus sentiasa bersedia menghadapi perubahan-perubahan mengikut peredaran dan cuba untuk menyesuaikan diri mereka dalam setiap situasi yang bakal mereka tempuhi.


ARTIKEL 3

Pautan: Cabaran Guru Sandaran Terlatih Di Malaysia

Artikel ini berkaitan dengan kajian untuk meneroka cabaran yang dihadapi oleh GST di sekolah. Dalam menghadapi cabaran di sekolah GST memperlihatkan reaksi iaitu sama ada bersedia atau sebaliknya. Kajian ini juga menerokai punca kepada reaksi GST terhadap cabaran tersebut.

Pelbagai cabaran dihadapi oleh GST sebaik sahaja mereka ditempatkan di sekolah. Antara cabaran tersebut ialah menyesuaikan diri dengan komuniti sekolah, melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah.

Dapatan kajian ini telah memperlihatkan cabaran yang harus dihadapi oleh GST apabila ditempatkan di sekolah. Sejauh mana pihak sekolah memberi sokongan harus diterokai dalam kajian selanjutnya. Jika GST mendapat sokongan daripada pihak sekolah mungkin akan mengurangkan tekanan atau mungkin memberi
semangat kepada GST. Sokongan daripada pihak sekolah juga mungkin merupakan bimbingan kepada GST untuk mencapai perkembangan profesional.

Oleh itu GST harus bersedia sama ada dari segi mental, emosi dan fisikal apabila ditempatkan di sekolah setelah menamatkan latihan keguruan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan