Math Quotes

"If people do not believe that mathematics is simple, it is only because they do not realize how complicated life is."
~John Louis von Neumann


Ahad, 1 Jun 2014

12.Using Technology, Particulary ICT for teaching and learning

Teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT ) dikenal pasti sebagai salah satu faktor penting yang membantu pencapaian matlamat pembangunan pendidikan 2001-2010. Kepesatan kemajuan ICT menjadi cabaran kepada negara untuk menyediakan sumber tenaga manusia yang berpengetahuan dan berkemahirn ICT. Bagi menerajui usaha menyediakan sumber tenaga manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu  menyediakan keperluan fizikal dan bukan fizikal untuk membolehkan penggunaan ICT sebagai alat pengupaya (enabling tool) pada semua peringkat organisasi pendidikan. Penggunaan ICT juga berpotensi membawa perubahan dan pembaharuan kepada sistem pendidikan ke arah memartabatkan pendidikan negara pada peringkat antarabangsa.



ARTIKEL 1

Pautan: Pengintegrasian ICT Dalam Pengajaran & Pembelajaran Matematik Di Kalangan Guru Matematik Daerah Kota Tinggi

Artikel ini membicangkan kajian yang dijalankan untuk mengetahui tahap pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik di kalangan guru matematik. Terdapat tiga aspek yang telah dikaji bagi menjawab persoalan kajian ini.

i. Tahap pengintegrasian ICT di kalangan guru matematik
ii. Kesesuaian kursus ICT yang ditawarkan oleh pihak sekolah / Pejabat Pelajaran Daerah kepada guru matematik
iii. faktor-faktor yang menjadi penghalang kepada pengintegrasian komputer di kalangan guru matematik.

Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilihat dari dua aspek iaitu aspek pengajaran yang digunakan sebagai alat persembahan dan demonstrasi manakala dari segi aspek pembelajaran ianya digunakan sebagai tutorial, latih tubi, penerokaan, aplikasi dan komunikasi.

Daripada kajian yang telah dijalankan didapati penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran matematik masih pada tahap yang rendah dan diantara halangan yang dikenalpasti ialah guru kurang pengetahuan dan kemahiran ICT. Selain itu, kursus-kursus ICT di kalangan guru-guru matematik sangat terhad sedangkan pelbagai kaedah komputer dapat digunakan dalam mata pelajaran ini.

Antara halangan yang dihadappi ooleh guru ialah bilangan komputer yang tidak mencukupi, gangguan talian internet, masa pengajaran yang tidak mencukupi, kurang bantuan teknikal dan kurang kemahiran ICT. Malah guru-guru jarang menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran serta masih cenderung menggunakan kaedah pengajaran secara tradisional.

Penulis mendapati bahawa terdapat tujuh halangan yang wujud semasa kajian pengintegrasian ICT dalam pengajaran dijalankan iaitu:-
1. guru kurang berkeyakinan semasa pengintegrasian
2. kurang capaian terhadap sumber
3. kekurangan masa untuk membuat pengintegrasian
4. kurang latihan yang efektif
5. menghadapi masalah teknikal semasa peisian digunakan
6. kurang capaian individu semasa penyediaan bahan pengajaran
7. usia guru

kesimpulannya, faktor luaran seperti kemudahan yang tidak sempurna, kekurangan latihan serta perkhidmatan dan bantuan teknikal yang kurang memuaskan telah menjadi punca penggunaan ICT masih berada ditahap yang rendah dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.


ARTIKEL 2

Pautan: Penggunaan Koswer PPSMI Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Di Kalangan Guru-Guru Matematik Di Empat Buah Sekolah Kebangsaan Di Seremban

Artikel ini membicangkan tentang tahap penggunaan koswer PPSMI dalam sesi pengajaran dan pembelajaran matematik di kalanga guru-guru Matematik, mengenalpasti faktor yang mempengaruhi penggunaan koswer PPSMI dalam pengajaran dan pembelajaran dan mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru matematik apabila menggunakan koswer PPSMI dalam sesi P&P matematik.

Kementerian pelajaran malaysia telah membekalkan koswer PPSMI bagi pengajaran matematik bermula pada 2003 bagi membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Kebayakan guru telah mengikuti kursus berkaitan penggendalian koswer seperti Kursus Orientasi Kurikulum Sains dan Matematik bag isekoa hrendah dan menengah, latihan profisiensi bahasa Inggeris melalui kursus 2 Days On Site dan 5 Days Full Immersion dan Latihan ICT untuk pengoperasian perkakasan notebook dan LCD.

Kursus-kursus amat membantu guru dalam penggunaan koswer. Namun terdapat beberapa masalah yang dihadapi guru seperti guru seperti masalah pengendalian peralatan ICT dan pengajaran Matematik sukar diikuti oleh pelajar kerana kandungan koswer yang tidak mesra pengguna. Kesimpulannya, kebanyakkan guru di empat sekolah di Seremban menggunakan koswer tetapi tahap penggunaannya adalah sederhana.


ARTIKEL 3

Pautan: Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan Pendekatan Permainan Peringkat Prasekolah Bagi Tajuk Konsep Nombor

Artiikel ini membincangkan tentang projek yang bertujuan untuk menghasilkan perisian multimedia bagi tajuk Konsep Nombor bagi kanak-kanak prasekolah yang terdapat dalam huraian sukatan pelajaran peringkat prasekolah.

Objektif projek ini adalah untuk membina sebuah perisian multimedia peringkat prasekolah bagi tajuk konsep nombor yang berasaskan pendekatan permainan, interaktif dan menarik minat serta berpusatkan pelajar dan merupakan salah satu latihan pengukuhan kepada kanak-kanak.

Melalui perisian multimedia ini, kanak-kanak dapat mempelbagaikan cara pembelajaran mereka terutama bagi konsep nombor. Kanak-kanak akan mendapat satu suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan kerana mereka akan menerokai sendiri perisian tersebut. selain itu, guru tadika juga boleh menjadikan perisian ini sebagai satu bahan pembelajaran kepada murid-murid.

Malah, perisian multimedia ini boleh dijadikan rujukan kepada kanak-kanak di rumah. Ibu bapa boleh
memantau kanak-kanak mereka belajar melalui perisian ini di rumah serta perisian ini dapat menambahkan lagi koleksi KPM kerana ianya dibangunkan bersesuaian dengan Huraian Kurikulum Prasekolah.

Kesimpulannya, dalam menghasilkan perisian yang berkualiti dan menarik, perancangan dalam pembangunan perisian perlulah dilakukan dengan teliti agar perisian yang dihasilkan menepati kehendak pengguna.

11. School Culture (Budaya Sekolah)

Maksud budaya sekolah menurut Banks dan Banks (1993), Deal dan Peterson (1998) ialah sistem sosial yang mempunyai budaya yang tersendiri. Ia terdiri dari norma institusi, struktur sosial, kepercayaan, nilai, simbol, tradisi, matlamat dan tujuan yang tersendiri untuk membentuk organisasi tersendiri.




ARTIKEL 1

Pautan: Leadership for School Culture

Artikel  yang ditulis oleh Stephen Stolp ini membincangkan tentang kepimpinan pengetua dan budaya sekolah. Pemimpin sekolah yang berjaya adalah pemimpin yang dapat mengenalpasti persekitaran organisasi secara holistik. Ini bererti konsep budaya seperti nilai, kepercayaan, norma perlu difahami oleh pemimpin sekolah untuk dalam membentuk budaya sekolah yang positif.

Budaya sekolah yang positif dapat meningkatkan pencapaian dan motivasi pelajar, produktiviti guru dan kepuasan kerja guru. Budayda sekolah juga mempunyai hubungan dengan tingkah laku guru terhadap kerja. Jika guru bekerja di dalam persekitaran yang harmoni, mempunyai ideologi organisasi, perkongsian pendapat, pemimpin yang berkarisma, maka kepuasan kerja dan produktiviti guru dapat ditingkatkan.

Pengetua atau pemimpin sekolah adalah individu yang bertanggungjawab dalam membentuk budaya sesebuah sekolah. Pengetua perlu memahami budaya di sekolah terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang perubahan atau penambahbaikkan. Perubahan yang ingin dilakukan oleh pengetua sudah pasti akan ada kekangan dan bantahan daripada warga sekolah. Tetapi artikel ini tidak membincangkan bagaimana pengetua perlu meyakinkan warga sekolah khususnya guru-guru dalam melaksanakan sesuatu perubahan agar tidak menimbulkan suasana yang negatif.

Artikel ini turut membincangkan kepentingan visi dan matlamat sekolah dalam membentuk budaya sekolah. Menurut penulis, visi dan matlamat sekolah akan berubah jika budaya sekolah tersebut berubah. Peranan pengetua sangat penting dalam membentuk budaya sekolah yang positif kerana budaya sekolah dikatakan bergantung kepada tingkahlaku pemimpin. Pengetua yang dapat membentuk budaya sekolah yang positif adalah pengetua yang bijak dalam mentadbir sekolah.

Salah satu faktor mengapa kebanyakkan sekolah tidak berjaya dan prestasi menurun adalah disebabkan oleh pengetua yang tidak mahir dan tidak mempunyai ilmu kepengetuaan.

Kesimpulannya, pada pandangan saya sebagai pengetua mereka perlu memahami terlebih dahulu mengenai budaya sekolah kerana setiap sekolah mempunyai budaya sekolah yang berbeza. Pembentukkan budaya sekolah yang positif serta jatuh dan bangunnya sesebuah sekolah itu bergantung kepada kepimpinan pengetuanya.


ARTIKEL 2

Pautan:  Hubungan Antara Budaya Formal Sekolah Dan Gaya Pembelajaran Pelajar Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah Menengah

Berdasarkan jurnal tersebut, terdapat hubungan yang signifikan antara budaya formal sekolah dan gaya pembelajaran dengan capaian akademik pelajar. Pada pandangan saya, pihak sekolah perlu memperbaiki tahap budaya formal sekolah untuk meningkatkan pencapaian pelajar.

Untuk mewujudkan persekitaran yang harmonis, perlaksanaan disiplin atau peraturan sekolah adalah amat penting. Masalah disiplin dapat diatasi jika pelajar-pelajar diterpakan dengan nilai-nilai murni bagi membentuk peribadi dan sahsiah pelajar yang cemerlang. Reputasi sekolah serta pemimpinnya akan terjejas jika sekolah tersebut mengalami masalah disiplin yang tinggi dan prestasi pencapaian pelajar yang teruk. Ianya akan memberikan impak yang besar kepada sekolah berkenaan.

Persekitaran yang kodusif juga kadang kala tidak menjamin kecemerlangan pelajar kerana itu bergantung kepada guru dan juga diri pelajar tersebut dari segi gaya pengajaran dan pembelajaran. Tetapi apa yang lebih penting adalah pelajar tersebut hendaklah mempunyai gaya pembelajaran yang berkesan. kerjasama dari semua pihak terdiri daripada pengetua, guru, ibubapa serta pelajar tersebut sendiri.


ARTIKEL 3

Pautan: School Culture

Artikel ini menyatakan bahawa setiap organisasi ada budaya, sejarah dan harapan yang tidak tertera dalam membentuk setiap perkara di dalam sekolah. Budaya sekolah akan mempengaruhi cara orang berfikir, perasaan dan berkelakuan. Apabila sekolah mempunyai budaya profesionalisme positif, persekitaran serta perkembangan kelompok yang baik.

Pemimpin perlu mengamalkan serta menitikberatkan sikap nilai-nilai murni supaya mereka boleh membentuk budaya, sikap dan tradisi di sekolah. Malah bekerja secaara kolabratif akan membina semangat di kalan.gan guru untuk bekerja ke arah kejayaan.

10. Teacher Certification (Pensijilan Guru)

Pensijilan bermaksud pemberian sijil kepada seseorang atau pihak kerana telah mencapai piawai dan syarat yang telah ditetapkan bagi membuktikan barangan yang dikeluarkan adalah berkualiti. Pensijilan guru adalah pemberian siji kepada seorang guru yang telah mencapai syarat yang ditetapkan oleh kerajaan dan merupakan guru yang berkualiti.


ARTIKEL 1

Pautan:The 'Voices' of Beginning Teachers in Malaysia About Their Conception of Competency

Artikel ini membicarakan tentang kajian yang dibuat untuk mengetahui pandangan guru baru terhadap tafsiran kompetensi berhubung dengan apa yang mereka lakukan setiap hari sebagai seorang guru. Kompetensi guru dalam sesi P&P adalah penting kerana aspek ini akan mempengaruhi pencapaian serta kejayaan murid.

Tenaga pengajar haruslah berusaha menyiapkan diri selaras dengan perubahan sistem pendidikan di negara ini untuk mengembangkan profesionalisme perguruan yang idealistik demi membangunakan generasi baru yang mencapai kemajuan dan kejayaan.


ARTIKEL 2

Pautan: Tahap Kompentensi Guru Sekolah Rendah Terhadap Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris

Kajian ini dibuat adalah untuk memberi gambaran dan maklumat yang jelas tentang tahap kompetensi guru sekolah rendah terhadap pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Selain itu, kajian ini juga dapat meninjau sama ada adakah kaedah pengajaran guru, penggunaan bahan bantu mengajar, dan penggunaan bahasa Inggeris mempengaruhi tahap kompetensi guru sekolah rendah dalam pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

Perkara-perkara ini perlu dipertimbangkan oleh guru itu sendiri untuk meningkatkan lagi tahap kompetensi mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris disamping dapat memperbaiki mutu pencapaian pelajar bagi subjek sains dan matematik. Rumusan dan cadangan di akhir kajian diharapkan dapat membantu dan memberi manfaat kepada semua pihak seperti guru besar, guru-guru sains dan matematik, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengetahui tahap kompetensi dan faktor-faktor yang mempengaruhi guru sekolah rendah terhadap pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

Kejayaan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris banyak bergantung kepada kemahiran guru-guru untuk melaksanakannya kerana guru merupakan agen yang utama dalam menyampaikan dan mencurahkan ilmu. Maka, guru-guru matapelajaran sains dan matematik perlu mempunyai tahap kompetensi yang tinggi untuk melaksanakan segala tanggungjawab yang telah diberikan. Mereka juga harus sentiasa bersedia menghadapi perubahan-perubahan mengikut peredaran dan cuba untuk menyesuaikan diri mereka dalam setiap situasi yang bakal mereka tempuhi.


ARTIKEL 3

Pautan: Cabaran Guru Sandaran Terlatih Di Malaysia

Artikel ini berkaitan dengan kajian untuk meneroka cabaran yang dihadapi oleh GST di sekolah. Dalam menghadapi cabaran di sekolah GST memperlihatkan reaksi iaitu sama ada bersedia atau sebaliknya. Kajian ini juga menerokai punca kepada reaksi GST terhadap cabaran tersebut.

Pelbagai cabaran dihadapi oleh GST sebaik sahaja mereka ditempatkan di sekolah. Antara cabaran tersebut ialah menyesuaikan diri dengan komuniti sekolah, melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah.

Dapatan kajian ini telah memperlihatkan cabaran yang harus dihadapi oleh GST apabila ditempatkan di sekolah. Sejauh mana pihak sekolah memberi sokongan harus diterokai dalam kajian selanjutnya. Jika GST mendapat sokongan daripada pihak sekolah mungkin akan mengurangkan tekanan atau mungkin memberi
semangat kepada GST. Sokongan daripada pihak sekolah juga mungkin merupakan bimbingan kepada GST untuk mencapai perkembangan profesional.

Oleh itu GST harus bersedia sama ada dari segi mental, emosi dan fisikal apabila ditempatkan di sekolah setelah menamatkan latihan keguruan.

9. Curriculum (Kurikulum)

Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukkan kurikulum ( khususnya KBSR dan KBSM ) adalah didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan negara yang menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.


ARTIKEL 1

Pautan: Kajian Kerelevenan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dengan Kurikulum Pendidikan Islam Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Artikel ini berkisarkan tentang kajian kerelevenan falsafah pendidikan kebangsaan dengan kurikulum pendidikan Islam Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Dapatan daripada kajian yang telah dibuat menunjukkan terdapatnya kerelevenan antara item-item objektif Pendidikan Islam Politeknik dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini menunjukkan Kurikulum Pendidikan Islam Politeknik tidak tersimpang dari Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kajian menunjukkan objektif Pendidikan Islam Politeknik KPTM mempunyai ciri-ciri seperti yang dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu ilmu pengetahuan, ketrampilan,berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Namun beberapa cadangan dibincangkan dalam artikel ini hasil dari dapatan kajian untuk memastikan Kurikulum Pendidikan Islam Politeknik memenuhi tuntutan semasa.

Kesimpulannya, kerelevanan kurikulum pendidikan Islam politeknik dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan menunjukkan Kurikulum Pendidikan Islam Politeknik merupakan satu manifestasi bahawa proses implementasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan sedang berjalan di Politeknik-Politeknik Malaysia. Justeru, kesemua elemen-elemen penting yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan sememangnya telah diberi penekanan yang sewajarnya dalam kurikulum Pendidikan Islam Politeknik. Dengan kata lain, matlamat kurikulum Pendidikan Islam Politeknik adalah menuju kepada aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


ARTIKEL 2

Pautan: Perlaksanaan Sains KSSR Tahun Satu: Tinjauan Awal

Berdasarkan Artikel tersebut, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan yang timbul sepanjang pelaksanaan KSSR pada tahun 2011 dalam aspek penaakulan. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan usaha mencapai matlamat KSSR guru-guru perlu didedahkan dengan kaedah dan pendekatan yang bersesuaian khususnya dalam usaha menerap dan mempertingkatkan kemahiran menaakul di kalangan murid.

Hasil kajian adalah merangkumi pandangan guru tentang masalah-masalah yang timbul terutamanya dari aspek pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dihadapi oleh para guru sepanjang setahun pelaksanaan KSSR di sekolah. Untuk mencapai objektif yang disasarkan dalam KSSR, penekanan terhadap penguasaan kemahiran menaakul murid seharusnya perlu diambil perhatian serius oleh guru semasa proses pengajaran.

Kajian ini menunjukkan perubahan dalam sistem pendidikan merupakan satu perubahan yang holistik melibatkan pelbagai aspek iaitu melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum.
.
Pada Pendapat saya, tinjauan awal ini merupakan satu usaha ke arah menerokai kajian yang lebih komprehensif untuk meletakkan satu asas atau garis panduan bagi melaksana dan mempertingkatkan kemahiran menaakul dalam kalangan pendidik dan pelajar seperti yang disasarkan oleh pembentukan KSSR oleh KPM.


ARTIKEL 3

Pautan: Sistem Pendidikan Di malaysia: Dasar, Cabaran dan Pelaksanaan Ke Arah Perpaduan Nasional

Artikel ini berkaitan dengan pelaksanaan dan keberkesanan sistem persekolahan negara dalam konteks perpaduan nasional. Artikel ini juga menerangkan bagaimana pelaksanaan dan keberkesanannya terhadap hubungan masyarakat, masalah-masalah yang timbul dan penyelesaian masa depan.

sistem pendidikan meerupakan elemen yang penting dalam sesebuah negara dalam usaha meninjau ke arah membangunkan masyarakat dari segi ekonomi, politik dan sosial. Terdapat beberapa isu dan masalah dalam sistem pendidikan iaitu:-

1. sistem persekolahan yang pelbagai
2. pengajaran pendidikan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
3. pengisian kurikulum dan ko-kurikulum
4. merealisasikan wawasan 2020

Kesimpulannya, untuk mencapai matlamat perpaduan negara yang kukuh, seluruh masyarakat perlu berganding bahu, seiring dengan usaha murni kerajaan melalu dasar-dasar dan rancangan baru. Mutu pendidkan yang sempurna serta hubungan masyarakat yang harmoni menjadi tunggak kejayaan yang akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dan dapat merealisasikan wawasan 2020.

8. Assessment (Pentaksiran)

Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkana maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran ialah satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterprstasi maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan (LPM, 2000). Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang pelajar dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran dan aktiviti mentaksiran ini akan dijalankan secara berterusan.


ARTIKEL 1

Pautan: The Role Of TVET Teachers In School Based Assessment Of Vocational Electives Subjects at SMK Dato Onn Batu Pahat, Johor

Artikel ini berkisar tentang kaijan perlaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah di SMK Dato Onn Batu Pahat Johor salah satu sekolah luar bandar di Johor. Pentaksiran dalaman akan menentukan bentuk soalan yang boleh dinilai oleh guru dan kemudian akan diukur pencapaiannya.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) berkesan dalam sistem pelajaran masa kini, bukan sahaja pelajar di nilai secara penilaian sumatif malahan penilaian berterusan akan dilaksanakan. Pandangan daripada semua pihak yang terlibat sangat perlu PBS dilaksanakan. Perubahan dasar pendidikan sangat penting untuk merelisasikan PMR dimansuhkan dan di ganti dengan PBS sepenuhnya.

Perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan hari ini menuntut perubahan perspektif masyarakat terhadap peperiksaan di Malaysia. Kredibiliti guru hendaklah diiktiraf oleh semua pihak. Ini kerana guru mempunyai kualiti,kewibawaan, kelayakaan, ketelusan dan kebolehpercayaan yang melayakkan mereka melaksanakan PBS ini. Pendekatan ini juga akan meningkatkan persepsi masyarakat terhadap profesion perguruan dan memartabatkan profesion ini.


ARTIKEL 2

Pautan: Pentaksiran Alternatif Menuju ke Arah Transformasi Sistem Pentaksiran di Malaysia

Artikel ini membincangkan tentang pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah dan bilik darjah merujuk kepada proses pengumpulan, analisis, sintesis dan interpretasi keseluruhan maklumat berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Ini bertujuan untuk membantu pihak sekolah dalam membuat keputusan bagi meningkatkan serta mencapai matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran.Pentaksiran dijalankan untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan pelajar secara berterusan.

Pada pendapat saya pentaksiran adalah salah satu aspek yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran alternatif adalah satu keperluan dan kepentingan untuk melakukan transformasi dalam sistem pentaksiran negara. 


ARTIKEL 3

Pautan: Pentaksiran Pembelajaran dalam Pendidikan

Artikel ini memaparkan kaedah pentaksiran pembelajaran dalam pendidikan yang bertujuan untuk meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar dengan lebih baik. Pentaksiran adalah penting kepada pelajar sebagai maklum balas dari hasilan pentaksiran untuk memahami dan memberi tumpuan bagi meningkatkan aspek berkaitan pembelajaran mereka. 

Pentaksiran dapat dijadikan refleksi kepada guru tentang keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya mengatasi kelemahan diri dalam cara penyampaian pengajaran. Malah, dengan bantuan guru, pelajar boleh mengharapkan tugasan pentaksiran dalam pembelajaran sebagai pentas untuk mempamerkan kompentensi atau kebolehan dan juga halatuju persembahan dalam pembelajaran.