Math Quotes

"If people do not believe that mathematics is simple, it is only because they do not realize how complicated life is."
~John Louis von Neumann


Ahad, 1 Jun 2014

7. Professional Teaching Standards (Standard Pengajaran Profesional)

Satu rujukan utama dalam bidang profesion seorang guru untuk menerangkan tentang apa yang guru boleh lakukan serta menyediakan hala tuju dan struktur untuk menyokong penyediaan dan pembangunan guru.



ARTIKEL 1

Pautan: Pengaruh Jenis Latihan Guru & Pengalaman Mengajar terhadap Efikasi Guru Sekolah Menengah

Artikel ini membicarakan tentang pengaruh yang disebabkan oleh faktor-faktor kelayakan guru, iaitu jenis latihan guru serta pengalaman mengajar terhadap efikasi guru sekolah menengah.

Mengikut kajian, guru-guru keluaran Diploma Pendidikan Malaysia berada pada aras tertinggi dalam efikasi berbanding guru-guru keluaran program yang lain. Dalam profesion perguruan, pengalaman & latihan guru merupakan dua perkara yang sangat berbeza. Pengalaman merupakan satu pengetahuan empirikal manakala latihan guru lebih cenderung kepada teorikal tetapi kedua-duanya saling memerlukan untuk melengkapkan seseorang guru itu untuk mencapai tahap kecekapan yang diperlukan.

Pendidikan & latihan asas guru merupakan faktor yang paling utama dalam menentukan kualiti guru & kualiti pengajaran. Penguasaan pengetahuan dalam bidang pengajaran menjadi ciri yang paling penting dalam pengajaran guru selain daripada faktor pengalaman mengajar. Ianya juga merupakan pengetahuan yang dibentuk dalam interaksi diantara faktor persekitaran kerja. Malah, pengetahuan serta kemahiran profesion sedikit demi sedikit akan meningkat seiring dengan tempoh & kekerapan menjalankan tugas pengajaran.

Selain daripada faktor kelayakan guru yang mempengaruhi keberkesanan dalam pengajaran, terdapat juga beberapa faktor lain, antaranya ialah kepercayaan guru terhadap keupayaan diri dalam mengendalikan pengajaran secara berkesan kearah mempengaruhi pencapaian murid.


ARTIKEL 2

Pautan: Perincian Standard Guru di Malaysia

Artikel ini merupakan satu perincian yang telah digubal khusus untuk memenuhi piawaian standard guru di Malaysia yang mempunyai tiga kriteria utama iaitu yang pertama sekali domain diri. Ini merujuk kepada nilai pegangan diri guru tersebut yang sedia ada dan perlu dikembangkan lagi supaya penyampaian profesion keguruan lebih berkesan serta mencapai matlamat sistem pendidikan negara.

Domain profesion adalah kriteria kedua terpenting. Ini merujuk kepada pegangan yang diamalkan oleh guru secara telus dalam menjalankan tugas dengan menekankan nilai-nilai teladan, cinta akan profesion, integriti, kreatf dan inovatif, berketrampilan serta mengamalkan kerja sepasukan.

Seterusnya pula adalah domain sosial yang berperanan sebagai sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat. Guru perlu mengamalkan keharmonian, kemahiran sosial, semangat bermasyarakat, patriotisme serta cinta alam sekitar.

Untuk mencapai standard pengajaran guru perlu ada pengetahuan yang meluas serta kefahaman yang tinggi dalam bidang profesion. Kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran juga perlu  bagi memfokuskan kebolehan guru untuk membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian akademik dan kokurikulum.


ARTIKEL 3

Pautan: Pengetahuan Dalam Kalangan Guru Matematik Sekolah Rendah Berdasarkan Standard Pengajaran Matematik

Artikel ini berkaitan tentang kajian untuk mengenalpasti persepsi guru matematik sekolah rendah tentang pengetahuan standard pengajran matematik dan komponen yang menyumbang kepada Standard pengajaran matematik. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik dengan skala likert lima point untuk mengukur tahap persepsi terhadap lima komponen pengetahuan standard pengajaran matematik iaitu:-

1. pengetahuan atribut ikhtisas
2. pengetahuan amalan ikhtisas
3. pengetahuan ikhtisas
4. pengetahuan proses pengajaran dan pembelajaran ikhtisas
5. pengetahuan pentaksiran berdasarkan standard-standard yang diamalkan di dalam dan luar negara.

Hasil dapatan bagi tahap persepsi guru matematik sekolah rendah terhadap standard pengajaran matematik menunjukkan bahawa tahap persepsi guru adalah sangat tinggi. Tahap yang sangat tinggi ini menggambarkan kategori pengetahuan guru-guru untuk mencapai standard pengajaran matematik adalah cemerlang. Ini menjelaskan bahawa standard pengajaran matematik ini dapat membantu dan memberi garis panduan untuk
melaksanakan pengajaran matematik yang berkesan. Standard ini merupakan suatu deskripsi terhadap peningkatan profession perguruan dalam bidang matematik dan suatu visi terhadap identiti guru matematik di Malaysia.

Selari dengan pandangan oleh Thornton & Morony (2005) yang menyatakan bahawa standard pengajaran
dapat memberi suatu deskripsi dalam meningkatkan profession perguruan sepanjang perkhidmatan. Walau bagaimanapun, sejauh mana standard pengajaran ini dapat memberi impak kepada murid-murid banyak bergantung kepada penghayatan dan penerimaan guru terhadap standard pengajaran matematik sekolah rendah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan