Math Quotes

"If people do not believe that mathematics is simple, it is only because they do not realize how complicated life is."
~John Louis von Neumann


Ahad, 1 Jun 2014

1. Mathematics Anxiety (Kebimbangan Matematik)

Kebimbangan ataupun fobia terhadap matematik merupakan satu fenomena dimana seseorang itu merasa takut akan matematik. Mereka merasa tertekan apabila terlibat dalam manipulasi nombor ataupun apabila melibatkan sesuatu pengiraan matematik. Seseorang yang mengalami fobia matematik merasakan diri mereka tidak mampu untuk melakukan aktiviti yang melibatkan matematik. Perasaan yang mereka alami ini bukan hanya akan mengganggu emosi, tetapi juga mengganggu kepintaran mereka terhadap matematik.


ARTIKEL 1

Pautan: Fobia kepada Matematik

Dalam artikel tersebut menyatakan bahawa kebimbangan / takut kepada matematik adalah perkara yang biasa. Ianya lebih kurang sama dengan stagefright. Kebimbangan terhadap matematik iaitu takut untuk melakukannya serta kegagalan yang sering berpunca daripada kurang keyakinan diri. Tekanan ditambah yang mempunyai had masa pada ujian matematik dan peperiksaan juga menyebabkan tahap kebimbangan yang lebih tinggi kepada sesetengah pelajar.

Kebimbangan matematik biasanya berpunca daripada pengalaman yang tidak menyenangkan dalam matematik seperti pemahaman yang kurang dan terhad serta terlalu bergantung terhadap prosedur dalam matematik.
Matematik adalah sesuatu yang perlu difahami. Kebimbangan matematik boleh diatasi jika pelajar menyedari bahawa mereka boleh melakukan matematik. Apa yang penting adalah pemahaman  & penerimaan subjek tersebut.

Untuk mengatasi masalah kebimbangan matematik ini sikap positif adalah perlu serta bertekad menambahkan kualiti dalam memahami matematik dengan lebih jelas dan sentiasa mengamalkan segala kemahiran matematik yang ada untuk menambahkan keyakinan diri.


ARTIKEL 2

Pautan: Menangani Fobia Matematik

(Utusan Malaysia 05 Julai 2006)

Fobia matematik di kalangan pelajar perlu dikikis bagi memastikan pelajar di negara ini mampu menguasai mata pelajaran tersebut. KUTPM (Kolej Universiti Teknologi dan Pengurusan Malaysia telah mengadakan Kuiz Pintar Matematik untuk membantu pelajar mengatasi masalah fobia tersebut. Selain daripada mengikis sikap itu, kuiz berkenaan juga dianjurkan bertujuan untuk menanamkan minat, kreativiti serta keyakinan dalam mata pelajaran itu. Fobia boleh diatasi dengan menentukan cara penyampaian pengajaran & pembelajaran yang lebih berkesan.

Objektif kuiz itu juga adalah untuk mengukuhkan kemahiran pembelajaran matematik di kalangan pelajar yang akan menduduki SPM. Kuiz tersebut dapat membantu pelajar melalui panduan & tunjuk ajar dalam mempelajari matematik yang boleh diaplikasikan semasa peperiksaan.

Fobia terhadap subjek ini perlu dikikis kerana matematik amat penting dalam kehidupan seharian malah matematik bukanlah sesuatu yang menyusahkan tetapi memudahkan setiap aktiviti yang kita lakukan.
Malah, langkah tersebut juga adalah salah satu usaha untuk memperkasakan pelajar-pelajar dengan elemen kompetitif dalam pasaran kerjaya.


ARTIKEL 3

Pautan: Aspek Kebimbangan Matematik di Kalangan Kanak-kanak

Oleh: Karen Newstead (1998)

Artikel ini membincangkan tentang kajian yang dijalankan keatas kanak-kanak yang berusia di antara 9 hingga 11 tahun. Kajian ini adalah untuk melihat aspek-aspek yang menyumbangkan kepada gejala kebimbangan matematik dikalangan kanak-kanak serta membuat perbandingan kebimbangan diantara kanak-kanak yang diajar menggunakan kaedah tradisional dengan kanak-kanak yang diajarkan menggunakan kaedah alternatif.

Sikap negatif terhadap matematik bermula dari peringkat awal lagi bagi kebanyakkan kanak-kanak. malah sebelum mereka memasuki tadika lagi. Ini membuktikan bahawa adalah sangat penting untuk mengatasi masalah kebimbangan matematik dikalangan murid sekolah rendah kerana sifat negatif terhadap matematik itu telah wujud dari peringkat awal.

Kajian itu juga menunjukkan gejala kebimbangan nmatematik berkait rapat dengan kaedah pembelajaran yang digunakan oleh guru. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa guru yang menggunakan kaedah alternatif dapat mengurangkan kebimbangan matematik di kalangan murid dimana dalam kajian ini menggunakan kaedah 'CAN' berbanding dengan guru yang menggunakan kaedah tradisional iaitu 'chalk & talk'.

Terdapat banyak faktor yang menjurus kepada gejala kebimbangan matematik di kalangn murid sekolah rendah iaitu salah satunya adalah kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru. Pengkaji menyatakan bahawa sikap guru yang menekankan kaedah mengingat formula, mempelajari matematik melalui kaedah latih tubi & menggunakan kaedah tradisional dalam pelajaran adalah penyumbang utama kepada permasalahan ini. Guru perlu mengajar murid kaedah pembelajaran, meningkatkan keyakinan murid dalam kebolehan matematik & berjalan disekeliling kelas bagi membantu murid & menjawab soalan.

Kesimpulannya, kebimbangan terhadap matematik dikalangan murid perlu dikurangkan sejak mereka di zaman kanak-kanak lagi agar tidak bercambah seiring dengan usia mereka. Terdapat 1001 cara yang boleh digunakan seperti kaedah alternatif bagi menggalakkan penglibatan murid serta meningkatkan keyakinan mereka terhadap matematik.

1 ulasan:

  1. Tahniah Kawanku...akhirnya kita berjaya menyiapkan tugasan yang banyak manfaat ni...semoga semua tunjuk ajar professor dapat kita kongsikan dengan keluarga, kawan-kawan yang lain dan anak-anak didik kita..

    BalasPadam