Math Quotes

"If people do not believe that mathematics is simple, it is only because they do not realize how complicated life is."
~John Louis von Neumann


Ahad, 1 Jun 2014

9. Curriculum (Kurikulum)

Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukkan kurikulum ( khususnya KBSR dan KBSM ) adalah didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan negara yang menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.


ARTIKEL 1

Pautan: Kajian Kerelevenan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dengan Kurikulum Pendidikan Islam Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Artikel ini berkisarkan tentang kajian kerelevenan falsafah pendidikan kebangsaan dengan kurikulum pendidikan Islam Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Dapatan daripada kajian yang telah dibuat menunjukkan terdapatnya kerelevenan antara item-item objektif Pendidikan Islam Politeknik dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini menunjukkan Kurikulum Pendidikan Islam Politeknik tidak tersimpang dari Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kajian menunjukkan objektif Pendidikan Islam Politeknik KPTM mempunyai ciri-ciri seperti yang dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu ilmu pengetahuan, ketrampilan,berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Namun beberapa cadangan dibincangkan dalam artikel ini hasil dari dapatan kajian untuk memastikan Kurikulum Pendidikan Islam Politeknik memenuhi tuntutan semasa.

Kesimpulannya, kerelevanan kurikulum pendidikan Islam politeknik dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan menunjukkan Kurikulum Pendidikan Islam Politeknik merupakan satu manifestasi bahawa proses implementasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan sedang berjalan di Politeknik-Politeknik Malaysia. Justeru, kesemua elemen-elemen penting yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan sememangnya telah diberi penekanan yang sewajarnya dalam kurikulum Pendidikan Islam Politeknik. Dengan kata lain, matlamat kurikulum Pendidikan Islam Politeknik adalah menuju kepada aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


ARTIKEL 2

Pautan: Perlaksanaan Sains KSSR Tahun Satu: Tinjauan Awal

Berdasarkan Artikel tersebut, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan yang timbul sepanjang pelaksanaan KSSR pada tahun 2011 dalam aspek penaakulan. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan usaha mencapai matlamat KSSR guru-guru perlu didedahkan dengan kaedah dan pendekatan yang bersesuaian khususnya dalam usaha menerap dan mempertingkatkan kemahiran menaakul di kalangan murid.

Hasil kajian adalah merangkumi pandangan guru tentang masalah-masalah yang timbul terutamanya dari aspek pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dihadapi oleh para guru sepanjang setahun pelaksanaan KSSR di sekolah. Untuk mencapai objektif yang disasarkan dalam KSSR, penekanan terhadap penguasaan kemahiran menaakul murid seharusnya perlu diambil perhatian serius oleh guru semasa proses pengajaran.

Kajian ini menunjukkan perubahan dalam sistem pendidikan merupakan satu perubahan yang holistik melibatkan pelbagai aspek iaitu melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum.
.
Pada Pendapat saya, tinjauan awal ini merupakan satu usaha ke arah menerokai kajian yang lebih komprehensif untuk meletakkan satu asas atau garis panduan bagi melaksana dan mempertingkatkan kemahiran menaakul dalam kalangan pendidik dan pelajar seperti yang disasarkan oleh pembentukan KSSR oleh KPM.


ARTIKEL 3

Pautan: Sistem Pendidikan Di malaysia: Dasar, Cabaran dan Pelaksanaan Ke Arah Perpaduan Nasional

Artikel ini berkaitan dengan pelaksanaan dan keberkesanan sistem persekolahan negara dalam konteks perpaduan nasional. Artikel ini juga menerangkan bagaimana pelaksanaan dan keberkesanannya terhadap hubungan masyarakat, masalah-masalah yang timbul dan penyelesaian masa depan.

sistem pendidikan meerupakan elemen yang penting dalam sesebuah negara dalam usaha meninjau ke arah membangunkan masyarakat dari segi ekonomi, politik dan sosial. Terdapat beberapa isu dan masalah dalam sistem pendidikan iaitu:-

1. sistem persekolahan yang pelbagai
2. pengajaran pendidikan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
3. pengisian kurikulum dan ko-kurikulum
4. merealisasikan wawasan 2020

Kesimpulannya, untuk mencapai matlamat perpaduan negara yang kukuh, seluruh masyarakat perlu berganding bahu, seiring dengan usaha murni kerajaan melalu dasar-dasar dan rancangan baru. Mutu pendidkan yang sempurna serta hubungan masyarakat yang harmoni menjadi tunggak kejayaan yang akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dan dapat merealisasikan wawasan 2020.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan