Math Quotes

"If people do not believe that mathematics is simple, it is only because they do not realize how complicated life is."
~John Louis von Neumann


Ahad, 1 Jun 2014

5. Language of Instruction (Bahasa Pengantar)

Bahasa Pengantar adalah bahasa yang telah ditetapkan oleh sesebuah negara sebagai bahasa yang digunakan untuk sistem pendidikannya.





ARTIKEL 1

Pautan: Students' Perception On Teaching And Learning Mathematics In English

Artikel ini membicarakan tentang kepentingan komunikasi yang berkesan untuk memahami konsep matematik yang diajar di dalam kelas. selain daripada itu, artikel ini juga turut membincangkan mengenai situasi serta gambaran sebenar semasa perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran subjek sains dam matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah. Dalam artikel tersebut juga dinyatakan bahawa pelajar bersetuju dengan penggunaan bahasa Inggeris sangat berguna terutamanya untuk mendapatkan peluang kerjaya.

Walaubagaiamanapun, penggunaan bahasa tersebut dalam pengajaran subjek matematik telah menjadikan sesi P&P menjadi amat sukar dan mencabar. Faktor utama yang dikenalpasti adalah kekurangan keupayaan murid dalam memahami arahan serta perkara yang diajar menggunakan bahasa Inggeris. Terdapat beberapa faktor yang dikenalpasti menyumbang kepada persepsi murid dalam pembelajaran matematik menggunakan bahasa Ingggeris:-

1. latar belakang murid serta masalah dalam pembelajaran matematik dalam bahasa Inggeris.
2. minat murid dalam mempelajari subjek matematik, sains dan bahasa Inggeris saling berkait rapat.
3. tahap kefahaman murid dalam subjek matematik dan sains menggunakan bahasa Inggeris.
4. sikap pelajar dalam memperkasakan penggunaan bahasa Inggeris dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.
5. prestasi pencapaian pelajar dalam ujian Bahsa Inggeris, Matematik dan Sains.

Pada pendapat saya, sesi P&P subjek matematik akan lebih menyeronokkancsekiranya kita berjaya mengenalpasti dan menangani kesemua faktor yang diterangkan dalam artikel ini. Malah ianay sesuai dijadikan sebagai panduan untuk membantu guru mewujudkan suasana pengajaran yang lebih kondusif dan relevan.


ARTIKEL 2

Pautan: Teachers Perspective of Using English As a Medium of Instruction In Mathematics And science Subject

Artikel ini membincangkan tentang perspektif guru dalam menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran subjek sains dan matematik. Objektif artikel ini adalah mengkaji perspektif guru yang tinggi terhadap prestasi murid selepas pelaksanaan Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris untuk sekolah rendah dan menengah.

Pada pendapat saya, artikel ini dapat memberi gambaran tentang bagaimana guru memahami kekuatan atara teknik pengajaran, sikap guru serta murid dan persekitaran pembelajaran yang mempunyai kaitan yang ketara ke arah peningkatan prestasi murid di sekolah.


ARTIKEL 3

Pautan: Masalah Pembelajaran Matematik Dalam Bahasa Inggeris di Kalangan Pelajar Tingkatan 2 Luar Bandar

Artikel ini berkaitan dengan kajian yang dijalankan bagi mengkaji permasalahan pembelajaran matematik dalam bahasa Inggeris di kalangan pelajar tingkatan 2 di sekolah luar bandar.

Terdapat beberapa faktor yang dibincangkan dalam kajian ini. Antaranya ialah faktor bahasa pengantar, pengajaran guru dalam bahasa Inggeris, tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar serta persekitaran pengajaran dan pembelajaran.

Hasil dapatan kajian ini menyatakan bahawa faktor bahasa pengantar serta tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar berada pada tahap kurang memuaskan sekaligus menjadikan permasalahan ini yang sangat ketara dalam mempelajari subjek matematik dalam bahasa Inggeris.

Pada pendapat saya, untuk mengatasi masalah ini pelajar perlu memperbaiki penggunaan bahasa Inggeris terlebih dahulu untuk membolehkan mereka menguasai matematik dalam bahasa tersebut. Pihak yang berkaitan perlu membuka ruang untuk mengkaji permasalahan ini dengan lebih mendalam lagi ke arah penguasaan pelajar yang cemerlang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan